PROGRAM MLT ditawarkan Kolej PTPL memberi peluang kepada pelajar melengkapkan diri dengan pengetahuan teori dan kemahiran.
Oleh Ruhaiza Rusmin

Teknologi Makmal Perubatan (MLT) ialah bidang kerjaya yang mengguna pakai sains dan amalan penyelidikan makmal bagi membantu menganalisis serta mentafsir keputusan, menentukan punca penyakit, cara kawalan dan penyembuhan.

Kerjaya ini amat menarik dan mencabar bagi mereka yang mempunyai minat dalam teknologi sains gunaan di samping mahu berkhidmat kepada masyarakat serta memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Selain memberi khidmat di hospital kerajaan dan swasta, graduan bidang MLT berpeluang bekerja di universiti, makmal penyelidikan patologi, jabatan pembangunan farmaseutikal serta perubatan forensik.

Kolej PTPL menyediakan gabungan struktur pengajian yang komprehensif dalam pengajian Diploma Teknologi Makmal Perubatan.

Program ini menggabungkan pendidikan umum, sains kesihatan dan sains makmal klinikal bagi melengkapkan graduan dengan penilaian dan etika yang baik dalam membuat keputusan.

Selama tiga tahun, pelajar akan mempelajari bagaimana menjalankan ujian makmal dan analisis data, cecair dan tisu badan untuk membantu doktor dalam diagnosis dan pengurusan penyakit.

Kolej PTPL turut melengkapkan mereka dengan pengetahuan teori meluas serta kemahiran praktikal selaras dengan keperluan industri perubatan moden.

Graduan Kolej PTPL berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Bachelor di Management & Science University (MSU) menerusi Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) atau memohon melanjutkan pengajian dalam program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) melalui MSU International Medical School (IMS) di kampus Shah Alam atau kampus pesisir pantai di Bangalore, India.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 5:03 AM