PENUTUP keranda terbuka sedikit apabila anak lelaki berkenaan bergegas membukanya. Gambar kecil, lelaki yang didakwa sudah mati. FOTO Agensi
Agensi

Beijing: Satu keluarga di wilayah Sichuan terkejut apabila mendengar ketukan dari dalam keranda yang menempatkan bapa mereka yang disangka sudah mati.

Anggota keluarga lelaki berusia 75 tahun itu yang melakukan persiapan untuk upacara pengebumiannya bergegas membuka keranda itu yang ditempatkan di rumah mereka.

Selepas dibuka, lelaki tua berkenaan bertanya kepada anaknya: “Apa yang berlaku?”

Menurut laporan Pear Video, kejadian berlaku di Kampung Yujing pada 8 Januari lalu.

Lelaki itu dikatakan mati lapan jam sebelum itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 5:50 AM