LEBIH 200 nelayan pantai membuat bantahan secara aman di Pantai Tanjung Tokong berhubung projek tambakan laut di Jeti Tanjung Tokong, Georgetown. FOTO Ramdzan Masiam
Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Georgetown: Kira-kira 200 nelayan melakukan demonstrasi membantah projek tambakan laut di kawasan perairan Tanjong Tokong, di sini, hari ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang, Nazri Ahmad, berkata demonstrasi itu dilakukan kerana projek bakal dibangunkan dilihat akan menjejaskan pendapatan nelayan.

Menurutnya, nelayan di kawasan terbabit berasa ditindas dengan projek mewah yang akan dibangunkan pemaju.

"Memang ada nelayan yang diberikan pampasan RM15,000, namun jumlah itu ternyata tidak berbaloi.

"Malah, wang terbabit juga diberikan dua hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Ini seolah-olah satu penghinaan kepada kami," katanya.

Menurutnya, projek tambakan laut itu menjejaskan pendapatan hampir seribu nelayan di kawasan terbabit terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 5:45 PM