Nazri Abu Bakar


PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) memperkenalkan 28 pemain dan jersi baru, malam tadi.

Pemain dan jersi dipertontonkan pada Majlis Memperkenalkan Pemain dan Pelancaran Jersi yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka yang juga presiden MUSA, Datuk Seri Idris Haron, di Stadium Hang Tuah.

Hadir sama Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan ahli Exco persatuan dan barisan pegawai pasukan diketuai ketua jurulatih Eric Williams.

Melaka United (MU) yang layak beraksi di Liga Super selepas lima musim di Liga FAM dan di Liga Perdana musim lalu mengekalkan warna hijau putih sebagai jersi di gelanggang sendiri dan biru putih di tempat lawan.

MU mengekalkan sembilan pemain musim lalu termasuk penjaring terbanyak Liga Perdana Ilja Spasojevic, antara muka bahari membarisi skuad itu Mohd Amri Yahyah serta import Omid Nazari dan Sergio Aguero.

Kira kira 5,000 penyokong yang hadir turut menyaksikan perlawanan persahabatan pra musim antara pasukan Hang Tuah dan Felda United selepas majlis itu.

Perlawanan berdepan The Fighters adalah yang pertama sebaik pulang dari Kemboja, MU dijadual membuka tirai saingan Liga Super dengan berdepan Kelantan 21 Januari depan di Kota Bharu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 12:43 AM