ALIFF Syukri. FOTO ROhanis Shukri
Nor Akmar Samudin


Bergelar ahli perniagaan berjaya, pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri, 30, kini menceburi bidang lakonan apabila bakal muncul dalam filem Badang.

Filem arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen itu diterbitkan anak syarikat UiTM Holdings, FiTa Studios.

Ketika ditemui Aliff menegaskan dia tidak menaja penerbitan filem itu yang turut menampilkan Fasha Sandha sebagai teraju utama.

“Saya tidak menaja filem ini sebaliknya dibayar seperti pelakon lain. Saya juga terkejut apabila mendapat tawaran daripada produksi filem ini. Sebelum ini saya hanya muncul dalam iklan komersial produk saya sendiri dan muat naik video di laman sosial. Tak sangka pula ia mendapat tontonan yang tinggi.

“Saya bersyukur dengan tawaran tidak diduga ini kerana memang suka mencuba benda baru. Selama ini saya hanya fokus berniaga. Jika ada tawaran berlakon pun, saya tak ambil berikutan kekangan masa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 9:12 AM