MAYAT mangsa ditemui berhampiran lokasi dilaporkan hilang. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pantai Tanjung Batu, semalam ditemui lemas, hari ini.

Mayat mangsa, Law Poung Shi, 24, ditemui terapung oleh pihak polis pada 7 pagi berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobel berkata, mayat mangsa kemudiannnya dibawa pihak polis ke Hospital Bintulu.

Semalam, mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras sebelum hilang ketika mandi bersama dua rakannya pada 6.10 petang.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya dilancarkan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 petang berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 10:28 AM