Zahasmi pada sesi latihan Kelantan. FOTO HM
BERNAMA

Kota Bharu: Pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW) perlu segera memperkemaskan jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017 yang membuka tirainya Sabtu ini.

Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail berkata TRW didapati masih lemah pada posisi serangan selepas mengharungi beberapa perlawanan ujian sebelum ini.

"Semasa perlawanan persahabatan pemain di bahagian hadapan (penyerang) tidak boleh menjaringkan gol walau pun mempunyai peluang," katanya selepas sesi latihan TRW, semalam.

Kelantan akan membuka tirai saingan bertemu Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada 21 Januari.

Zahasmi berharap kehadiran tiga pemain import iaitu Mohamed Ghaddar dari Lubnan, Cedric Djeugoue dan Okikiola Afolabi dari Nigeria memantapkan lagi jentera penggempur pasukan itu.

"Saya berharap kehadiran tiga pemain import terbabit iaitu dua penyerang dan seorang pertahanan mampu pasukan memperolehi keputusan sebaik baik pada setiap perlawanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 2:15 PM