Shahrir menyerahkan replika cek berjumlah RM24,000 kepada Mohd Anwar di Bangunan Parlimen. FOTO Aizuddin Saad
Shahrir menyerahkan replika cek berjumlah RM24,000 kepada Mohd Anwar di Bangunan Parlimen. FOTO Aizuddin Saad
Asrizal Aris


Kuala Lumpur: Sebanyak RM3.15 juta berjaya dikumpul menerusi Kempen Tabung Pahlawan di seluruh negara sejak dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM2.7 juta adalah hasil kutipan yang diusahakan di peringkat pusat dan selebihnya di negeri.

“Sambutan kempen ini menggalakkan namun masih belum mencapai sasaran ditetapkan setiap tahun iaitu RM5 juta.

“Kami akan menggalakkan lagi kempen dengan mengadakan pelbagai program bagi memastikan sasaran tercapai,” katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan daripada Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

BNBBC yang diwakili Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad menyumbang sebanyak RM24,000 kepada tabung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 4:57 PM
Digital NSTP Subscribe