Amyra tidak tertekan dengan soalan. FOTO AMYRA ROSLI
Amyra tidak tertekan dengan soalan. FOTO AMYRA ROSLI
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Kerap ditanya mengenai anak walaupun baru dua bulan berkahwin, pelakon Amyra Rosli mengakui dia tidak tertekan dengan pertanyaan sedemikian.

Amyra, 26, berkata, perkara itu adalah lumrah bagi setiap pasangan yang baru berkahwin.

"Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah.

"Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan. Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah," kata isteri kepada pelakon Amar Baharin ini.

Amyra yang juga pelakon drama Isteri Tuan Ihsan menganggap pertanyaan itu lebih kepada sikap ambil berat.

Dalam perkara ini, Amyra mengakui banyak mendapat sokongan moral daripada ibunya.

"Mama banyak memberi semangat. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya berasa terbeban dengan tanggungjawab sebagai isteri. Boleh dikatakan setiap hari saya belajar sesuatu yang baru.

"Saya dan Amar cuba menjalani kehidupan suami isteri ini dengan tenang. Apa yang kami boleh lakukan adalah dengan sentiasa berdoa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 7:25 PM