Murid yang kakinya tersepit pada besi penutup longkang di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, petang tadi. FOTO ihsan bomba
Meor Riduwan Meor Ahmad


Kangar: Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang murid tahun dua yang kakinya tersepit pada besi penutup longkang di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, di sini, petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis, pihaknya menerima panggilan pada 2.03 petang dan 11 anggota bomba dan pegawai ke lokasi untuk membantu mangsa bersama sebuah jentera dan ambulans Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

"Anggota bomba menggunakan pemotong besi dan berjaya mengeluarkan kaki kanan murid lelaki terbabit yang tersangkut pada besi berkenaan. Operasi selesai jam 2.20 petang," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, murid terbabit berlari di kawasan itu sebelum kakinya tersepit pada besi penutup longkang itu dan cedera di kaki kanannya.

Murid itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2017 @ 10:55 PM