AFP

Barcelona: Penyerang Arsenal Alexis Sanchez (gambar) mengaku menipu pihak berkuasa cukai Sepanyol 983,443 euro (RM4.68 juta) ketika bermain untuk Barcelona.

Pengakuan pemain kebangsaan Chile berusia 28 tahun itu mungkin menyaksikannya didenda dan juga dihukum penjara.

Memberikan bukti menerusi rakaman video dari London, Sanchez menyatakan “kekesalannya dengan kesilapan cukai yang sudah diselesaikan dengan perbendaharaan Sepanyol,” menurut sumber kehakiman.

Sanchez mengakui pengisytiharan cukainya bagi 2012 dan 2013 tidak termasuk keuntungan daripada hak imejnya yang disalurkan menerusi syarikat berpangkalan di Malta.

Dia turut mengakui tidak menyatakan syarikat itu Numidia Trading Limited adalah miliknya sendiri.

Kes itu sama dengan bekas rakan sepasukan Barcelona Javier Mascherano, yang dihukum penjara setahun pada Januari 2016 dan didenda 815,000 euro (RM3.88 juta) kerana penipuan cukai.

Di Sepanyol, hukuman penjara kurang dua tahun secara umumnya menyaksikan mereka tidak berada di penjara. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 8:52 AM