Allahyarham Sheikh Sidi Hamza al-Qadir. - Foto AFP
Allahyarham Sheikh Sidi Hamza al-Qadir. - Foto AFP
AFP

Rabat, Maghribi: Ulama terkenal Maghribi, Sheikh Sidi Hamza al-Qadiri al-Boutchichi, yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW, meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun.

Pemimpin tertinggi perguruan tasauf Qadiriya Boutchichiya itu meninggal dunia di Oujda dan dikebumikan di Madagh, bandar kelahirannya

Pengikutnya menganggap beliau adalah wali dan umat Islam datang dari seluruh dunia mendengar ceramah selain ratusan ribu yang berkumpul di Madagh menyambut Maulidur Rasul bersama-samanya.

Allahyarham mempunyai puluhan ribu pengikut dari seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 10:24 PM