Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Kerajaan bersetuju pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadualkan pada akhir Januari tahun depan dipercepatkan kepada 15 Januari 2015.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat dan kerajaan akan memastikan penerima dari negeri dilanda banjir akan diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M.

"Kerajaan juga bersetuju permohonan dan pengemaskinian BR1M dilanjutkan sehingga 31 Januari 2015.

"Pengemaskinian boleh dibuat melalui Portal Rasmi BR1M di alamat https//:ebr1m.hasil.gov.my atau boleh mengunjungi mana-mana Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/ 4566 serta melalui email: br1m@treasury.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Disember 2014 @ 3:54 PM