X
ANGGOTA bomba memotong botol air mineral selepas kemaluan lelaki tersangkut di dalamnya. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba memotong botol air mineral selepas kemaluan lelaki tersangkut di dalamnya. FOTO ihsan Bomba
Fuad Hadinata Yaacob


Pelabuhan Klang: Kemaluan lelaki tersangkut dalam botol air mineral ketika dia membuang air kecil ke dalamnya di rumah sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki berusia 21 tahun itu cuba memotong botol air mineral berkenaan dengan gergaji logam tetapi menyebabkan kecederaan sehingga mengakibatkan pendarahan.

"Bomba terima panggilan pada 5.25 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas dikejarkan ke lokasi.

"Botol mineral itu berjaya dipotong dan dikeluarkan kira-kira 10 minit," katanya.

Menurutnya, mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 1:25 PM