Anggota bomba dan penyelamat, polis serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) menolong mangsa ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, Kota Bharu. FOTO Faris Zainuldin
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my


Kota Bharu: Seramai 522 mangsa banjir daripada 142 keluarga dipindahkan di lima daerah sehingga jam 9 malam ini.

Menurut portal eBanjir Kelantan, semua mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak 9.45 pagi tadi.

Antara daerah yang terbabit termasuk Pasir Puteh, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Mohammad Hanafi Maulud berkata, PPS dibuka selepas beberapa kampung dinaiki air ekoran hujan lebat sejak semalam.

"Penduduk yang tinggal di kawasan rendah diminta berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk berpindah jika berlaku banjir demi keselamatan mereka," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 9:38 PM