MANGSA dibawa anggota penyelamat untuk dihantar ke hospital.
MANGSA dibawa anggota penyelamat untuk dihantar ke hospital.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Cubaan seorang pembantu rumah melarikan diri dari rumah majikannya di kondominium Sri Murni, Jalan Bukit Ledang di sini, gagal selepas dia terjatuh dari balkoni kediaman berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pantai berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.53 petang semalam berhubung tindakan wanita itu cuba terjun dari balkoni di tingkat satu kediaman.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian namun wanita itu terlebih dahulu terjun dan ditemui telentang di ruang antara balkoni dan lif.

“Mangsa dikenali sebagai Mehram, 23, berasal dari Indonesia. Dia mengalami kecederaan di bahagian kaki dan badannya.

“Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut membantu memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:30 AM