Orang ramai membantu mengangkat jenazah. Gambar kecil, Allahyarham Mohd Shakir. FOTO Omar Osman dan ihsan Briged Sukarelawan 1Malaysia
Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman


Sungai Petani: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kampung Sungkup, Jalan Bukit Selambau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Mohd Shakir Aiman Samsudin, 20, menunggang Yamaha LC dalam perjalanan dari Jeniang menghala ke Bukit Selambau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian yang berselekoh, mangsa bertembung dengan sebuah bas.

Menurutnya, pemandu bas berusia 52 tahun itu cuba mengelak namun gagal sebelum motosikal mangsa merempuh bahagian depan kenderaan itu dan tercampak.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Wajdi, Bukit Selambau jam 11 pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 12:24 PM