Jenazah mangsa serangan bom di Parachinar , Pakistan, disembahyangkan sebelum dikebumikan. - AFP
AFP

Peshawar, Pakistan: Jumlah korban letupan bom di kawasan majoriti penduduk Syiah Parachinar, bandar utama daerah Kurram, meningkat kepada 24 orang, serangan yang didakwa dilakukan Taliban Pakistan.

Naseerullah Khan dari pejabat pentadbiran daerah itu, berkata jumlah itu menjadi 24 orang selepas empat yang cedera parah sebelum ini, meninggal dunia.

Menurutnya, seramai 90 orang cedera akibat serangan di pasar pada waktu pagi itu.

Serangan menggunakan bahan letupan buatan sendiri yang disorok dalam kotak sayuran dan cabang Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mendakwa bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 4:51 PM