ROSMAH bersama penuntut Universiti Teknologi Malaysia menunjukan simbol lima Transformasi Nasional 2050 (TN50) selepas majlis Penutup Program Libatsama Komuniti Berfokus Universiti Teknologi Malaysia (UTM)@Nice'17. FOTO Hasriyasyah Sabudin

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Jelebu: Kerjasama strategik antara institut pengajian tinggi dan komuniti amat diperlukan bagi membantu proses pembangunan luar bandar selain pemindahan ilmu serta teknologi.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, dalam menuju taraf negara maju, pembangunan luar bandar perlu diberi perhatian dan sehubungan itu semua pihak wajar membantu.

Katanya, kerajaan tidak pernah jemu melaksanakan program peningkatan kesejahteraan luar bandar dan ia dibuktikan menerusi pelaksanaan Program Konsep Kampung Abad ke- 21, baru-baru ini.

"Sebagai isteri wakil rakyat, saya menyokong program membabitkan kerjasama antara institusi akademik dan komuniti luar bandar.

"Ia pendekatan serampang dua mata yang berkesan, membina ukhwah dan memindahkan ilmu serta teknologi," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Program Libatsama [email protected]' 17 di Dewan D'Sury, Kuala Klawang, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 9:17 PM