Kota Bharu: Empat belas sekolah menengah dan rendah ditutup esok berikutan banjir yang melanda negeri ini sejak Jumaat lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri Jaafar Ismail berkata, penutupan itu selepas mengambil kira keselamatan murid dan guru berikutan sekolah masih ditenggelami air dan terputus hubungan.
"Penutupan itu menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran 5,768 murid dan pelajar ditangguhkan.
"Daripada jumlah itu,empat sekolah rendah dan 10 sekolah menengah ditutup masing-masing sembilan di Pasir Mas, empat di Tumpat dan sebuah di Kota Bharu,"katanya.
Mengulas lanjut, Jaafar berkata, sehingga kini 17 sekolah di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kota Bharu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).