Kim Swee perlu cari formula kelayakan Piala Asia. FOTO HM
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaysia berdepan tugas sukar dalam mencari slot ke pusingan akhir Piala Asia 2019 apabila diundi bersama Korea Utara, Lubnan dan Hong Kong dalam Kumpulan B bagi saingan pusingan ketiga kelayakan, hari ini.

Pada majlis undian yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu

skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee menduduki ranking FIFA paling rendah 161, berbanding Korea Utara (125), Hong Kong (140) dan Lubnan (148).

Saingan Kumpulan B kelayakan itu akan bermula pada 28 Mac depan dengan Harimau Malaysia bakal mengadakan aksi persahabatan antarabangsa dengan Bahrain di Manama (22 Mac) sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan pertama.

Skuad negara layak beraksi di pusingan kelayakan ketiga selepas menewaskan Timor Leste menerusi agregat 6-0 dalam aksi play off Jun tahun lalu.

Hanya juara dan naib juara daripada enam kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 bersama 12 lagi pasukan yang sudah menempah tiket lebih awal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 9:13 PM