Orang ramai melihat lokasi kemalangan. FOTO ihsan bomba
Orang ramai melihat lokasi kemalangan. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Bukit Beruntung: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas Proton Saga dinaiki terbabas dan melanggar pokok di Taman Bunga Raya, di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku jam 9 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke rumah mereka di Apartment Teratai sebelum terbabas.

Mangsa, Md Sazli Ismail, 58, maut di tempat kejadian sementara Sarimah Saidon, 50, parah dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, bomba menerima panggilan jam 9.39 pagi sebelum sebuah jentera dengan lapan anggota bergegas ke lokasi.

“Pemandu maut di tempat kejadian dan anggota bomba memberi rawatan awal kepada isteri mangsa yang cedera sebelum dibawa ke HKKB," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 3:06 PM