Operasi mengesan suspek giat dijalankan. (Gambar kecil) Wajah banduan yang terlepas. FOTO ihsan polis
Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang banduan lari dari jagaan anggota Penjara Sungai Udang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Difahamkan suspek berusia 26 tahun memakai baju banduan reman penjara berwarna ungu ketika dibawa ke hospital terbabit bagi mendapatkan pemeriksaan psikiatri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adziz Shaikh Abdullah berkata, gerakan mengesan suspek sudah digerakkan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri dari tahanan yang sah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 4:25 PM