Motosikal yang ditemui polis. FOTO ihsan polis
Norizuan Shamsuddin


Petaling Jaya: Polis menahan tiga lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan curi motosikal menerusi dua serbuan di daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pada serbuan pertama, pihaknya menahan dua lelaki di sebuah rumah di daerah ini jam 2 pagi.

Katanya, soal siasat membawa kepada serbuan kedua di sebuah kediaman di Damansara, jam 4 pagi dan polis manahan seorang rakan suspek.

"Hasil tangkapan tiga suspek berusia lingkungan 30 tahun itu, polis menemui tiga motosikal dan beberapa komponen dileraikan.

"Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan curi motosikal dan dadah.

“Suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran Op Selamat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 4:43 PM