MOHD Nasir Sahir melihat keadaan rumahnya yang dinaiki air di Kampung Lembah Bakti, Labis. FOTO Adi Safri
Ibrahim Isa

Johor Bahru: Sembilan jalan di Segamat dan satu jalan di Kota Tinggi ditutup bagi semua kenderaan ringan akibat banjir, hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dalam satu kenyataan berkata, jalan yang ditutup sepenuhnya di Segamat termasuk Jalan Jabi-Bukit Tempurung; Jalan Felda Kemelah; Felda Medoi; Felda Redong dan Jalan Utama Felda Pemanis.

Selain itu, Jalan Tungku Tiga; Jalan Genuang Lama; Jalan Kampung Melayu Raya turut ditutup.

Jalan yang boleh digunakan kenderaan berat di Segamat adalah Jalan Tungku 3.

Pada masa sama, Seksyen 53 Jalan Kota Tinggi-Mersing hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 7:16 PM