Anggota bomba membantu penduduk Taman Sungai Gemas yang terjejas akibat banjir. FOTO ihsan bomba
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Tampin: Hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan kediaman di Taman Sungai Gemas, di sini, dinaiki air, jam 4 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tampin, Mohmad Yunus berkata, sehubungan itu 14 keluarga dipindahkan ke Dewan Gemas, di sini.

Katanya, ia membabitkan 66 orang iaitu 19 lelaki dewasa, 20 perempuan dewasa, 10 kanak-kanak lelaki, 11 kanak kanak perempuan seorang bayi lelaki, seorang warga emas lelaki dan empat warga emas perempuan.

"Hujan berterusan sejak kelmarin menyebabkan air sungai berhampiran melimpah dan memasuki rumah penduduk pada paras lutut.

"Semua mangsa dipindahkan ke Dewan Gemas dan keadaan masih terkawal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 8:44 AM