Mary Victoria Dass


Kota Tinggi: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli melawat mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kota Kecil di sini hari ini.

Baginda turut diiringi, isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Asiah Md Arif.

Baginda yang berangkat tiba pada jam 12.15 tengah hari meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama mangsa banjir di pusat pemindahan berkenaan.

Baginda turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan selain memberi sokongan moral kepada mangsa banjir supaya tabah menghadapi dugaan.

Seramai 825 mangsa banjir daripada 199 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 1:41 PM
Raja Zarith Sofiah mencemar duli melawat mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kota Kecil hari ini. FOTO Mary Victoria Dass