Norasikim Nawyi, 22, melihat peralatan elektrik yang disimpan diatas rak di luar rumahnya bagi mengelak ditenggelami banjir. FOTO Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Sehingga 6 petang tadi, hanya sebuah pusat pemindahan masih dibuka di Dungun membabitkan seramai 93 mangsa daripada 30 keluarga.

Berbanding pada tengah hari tadi, dua pusat pemindahan masih dibuka dengan menempatkan seramai 106 mangsa banjir daripada 35 keluarga di daerah berkenaan.

Bagaimanapun, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja ditutup operasi selepas penduduk di kawasan sekitarnya itu dibenarkan pulang secara berperingkat sejak tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat ini pusat pemindahan di Kampung Syukor masih lagi menempatkan mangsa banjir di daerah berkenaan.

Sementara itu, paras air di Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja sehingga hjam 5 petang tadi masih lagi melebihi paras berjaga-jaga 36 meter dengan mencatatkan bacaan 36.56 meter, sama juga dengan keadaan di Sungai Dungun di Kuala Jengai apabila mencatatkan 20.61 meter berbanding paras berjaga-jaga 19.50 meter dan juga Sungai Dungun di Jambatan Jerangau iaitu 11.01 meter (10.90 meter paras berjaga-jaga).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 8:00 PM