Gandingan 4x100 lari berganti ganti Jamaica (dari kiri) Michael Fraser, Bolt, Carter dan Asafa Powell. FOTO AP
Gandingan 4x100 lari berganti ganti Jamaica (dari kiri) Michael Fraser, Bolt, Carter dan Asafa Powell. FOTO AP
Reuters

London: Usain Bolt kehilangan salah satu daripada sembilan pingat emas Sukan Olimpik selepas rakan sepasukan Jamaica Nesta Carter melakukan kesalahan doping pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

Carter didapati mengambil bahan terlarang ‘methylhexaneamine’, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), hari ini.

Pasukan Jamaica mesti memulangkan pingat mereka.

Ia bermakna pasukan Trinidad dan Tobago akan dinaikkan selaku pemenang pingat emas manakala Jepun meraih pingat perak dan pasukan tempat keempat Brazil akan dianugerahkan gangsa.

Keputusan lanjut bergantung kepada program ujian semula anti-doping IOC selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 11:16 PM