STESEN mekanikal Sahala guna sinki ergonomik elak air melimpah.
Mohd Nasif Badruddin


Kuala Lumpur: Prihatin dengan kesusahan orang kurang upaya (OKU) mengambil wuduk di masjid mencetuskan idea kepada syarikat Bumiputera, Meas-Tech Solutions Sdn Bhd menghasilkan stesen wuduk diberi nama Sahala yang boleh diakses kerusi roda dan mempunyai sistem basuhan menyeluruh.

Sahala direka khas untuk OKU dengan reka bentuk sinki ergonomik mengelakkan air daripada melimpah di samping dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk mengambil wuduk menggunakan sistem air pancur berbilang arah bagi memastikan percikan air terkena kepada seluruh anggota kaki.

Pengarah Urusan Meas-Tech Solutions Sdn Bhd Rozilawati Ibrahim berkata, meskipun kini kebanyakan daripada 6,334 masjid dan 17,634 surau yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh negara dilengkapi kemudahan asas untuk OKU seperti cerun kerusi roda, parkir dan tandas khas, namun kemudahan mengambil wuduk masih terhad serta tidak mesra untuk mereka yang berkerusi roda.

Katanya, menyedari permasalahan dihadapi OKU, pihaknya merekacipta inovasi terbaru stesen wuduk Sahala yang membolehkan OKU mengambil wuduk sambil duduk sama ada di kerusi roda atau kerusi statik.

“Stesen wuduk menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun menggunakan 100 peratus tenaga kerja serta produk tempatan dan pada prototaip ke-14 dan ia mencapai kualiti dan hasil kerja terbaik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 6:56 AM