Keadaan banjir di Kampung Padang Serai Dalam, Pantai Remis. FOTO Muhaizan Yahya
Keadaan banjir di Kampung Padang Serai Dalam, Pantai Remis. FOTO Muhaizan Yahya
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 588 orang daripada 184 keluarga sehingga jam 8.30 pagi ini berbanding 565 orang daripada 176 keluarga , malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Bencana Negeri berkata, daerah Manjung kekal sebagai daerah paling teruk terjejas dengan dua pusat pemindahan masih dibuka di Dewan Orang Ramai (DOR) Inderawati, Beruas menempatkan 180 orang daripada 67 keluarga dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pantai Remis 203 orang daripada 57 keluarga.

Katanya, di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pula, dua pusat pemindahan masih dibuka iaitu di DOR Kampung Padang Serai Dalam menempatkan 41 orang daripada 9 keluarga dan DOR Kampung Matang Merbau menempatkan 24 orang daripada 7 keluarga.

"Di daerah Kinta, terdapat pembukaan satu lagi pusat pemindahan iaitu di DOR Tanjung Tualang menempatkan 19 orang daripada 8 keluarga manakala di Dewan Sikh Tanjung Tualang kekal dengan 76 orang daripada 22 keluarga.

"Di daerah Perak Tengah pula kekal dengan empat orang dari dari keluarga ditempatkan di Surau Kampung Talang, Belanja Kiri di Parit dan 10 orang dari 2 keluarga ditempatkan di Surau Nurul Janah, Parit 6", katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 11:00 AM