KEADAAN banjir di Kampung Padang Serai Dalam, Pantai Remis, semalam. FOTO Muhaizan Yahya
KEADAAN banjir di Kampung Padang Serai Dalam, Pantai Remis, semalam. FOTO Muhaizan Yahya
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara meningkat kepada 522 orang daripada 151 keluarga sehingga 8 malam tadi berbanding 394 mangsa daripada 113 keluarga pada tengah hari.

Jurucakap Sekretariat Bencana Negeri berkata, penambahan itu selepas dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hilir Perak iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong menempatkan 59 orang daripada 12 keluarga dan SK Sungai Tukang Sidin seramai 48 orang daripada 16 keluarga manakala jumlah di SK Pengkalan Ara kekal sebanyak 31 orang daripada 10 keluarga.

Katanya, di daerah Manjung pula, satu lagi pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Tanjung Ara menempatkan 12 orang daripada 4 keluarga dan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Padang Serai, Pantai Remis kekal dengan 203 orang daripada 57 keluarga.

Menurutnya, di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pula, dua pusat pemindahan masih dibuka iaitu di DOR Kampung Padang Serai Dalam menempatkan 41 orang daripada 9 keluarga dan DOR Kampung Matang Merbau menempatkan 24 orang daripada 7 keluarga.

"Di daerah Kinta, dua pusat pemindahan masih dibuka iaitu di DOR Tanjung Tualang menempatkan 26 orang daripada 12 keluarga dan di Dewan Sikh Tanjung Tualang dengan seorang daripada satu keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2017 @ 10:13 PM