X
MEDIA Prima penuhi semua penanda aras.
MEDIA Prima penuhi semua penanda aras.

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (MPB) telah terpilih sebagai syarikat di Malaysia yang mencapai tahap piawaian global dalam FTSE4Good Bursa Indeks Malaysia (F4GBM).

Menurut Bursa Malaysia, F4GBM dibangunkan dengan kerjasama FTSE menjadi sebahagian daripada FTSE4Good Indeks Siri Global sebagai penanda aras dalam alam sekitar, sosial, tadbir urus rangka kerja terkemuka seperti Inisiatif Pelaporan Global dan Projek Pendedahan Karbon.

Indeks F4GBM diguna untuk mengukur prestasi syarikat yang kukuh menunjukkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Media Prima telah memenuhi semua kriteria penanda aras di peringkat antarabangsa terutama di bawah indeks yang mengukur perkara seperti dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, kesan daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat dan amalan tadbir urus yang baik melalui tanggungjawab dan etika membuat keputusan.

Media Prima percaya keahlian kepada Indeks FTS4EGood Bursa Malaysia adalah pengiktirafan yang kuat komitmennya kepada amalan perniagaan yang bertanggungjawab, tadbir urus korporat yang baik dan penjagaan alam sekitar.

Ia juga adalah sokongan yang kuat daripada inisiatif CSR yang telah mendapat manfaat banyak komuniti di Malaysia dan luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 8:44 AM