MADONNA
MADONNA

Llilongwe: Bintang pop Madonna menafikan laporan dia mahu mengambil dua lagi anak angkat dari Malawi.

Selebriti itu berkata, dia berada di negara di Afrika itu untuk kerja kebajikan, bertentangan dengan kenyataan jurucakap jabatan kehakiman Malawi, Mlenga Mvula yang mendakwa Madonna berada di Mahkamah Tinggi negara itu kerana isu anak angkat.

“Saya berada di Malawi untuk memeriksa hospital kanak-kanak di Blantyre dan kerja kebajikan lain. Selepas itu saya akan pulang. Khabar angin mengenai proses ambil anak angkat itu tidak benar,” kata Madonna.

Selebriti itu mengambil dua anak angkat dari negara itu - David Banda pada 2008 dan Mercy James, setahun kemudian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 5:18 AM