WAYNE Rooney selepas perlawanan Manchester United dan Stoke City, 21 Januari lalu. FOTO Reuters
AFP

London: Wayne Rooney ingin menceburi bidang pengurusan selepas bersara sebagai pemain bola sepak.

Pemain Manchester United berusia 31 tahun itu berkata, dia terlalu sayang sukan itu untuk meninggalkannya sepenuhnya apabila bersara.

"Saya terbabit dalam sukan bola sepak sepanjang kehidupan dan apabila tamat main, akan cuba kekal serta berharap dapat peluang untuk mengurus.

"Semakin bertambah usia, anda mula berfikir lebih lanjut mengenai permainan ini dan ia sesuatu yang saya suka lakukan.

"Pemain generasi ini mempunyai wang yang cukup supaya tidak perlu menceburi bidang pengurusan. Oleh itu, mereka yang ingin mencubanya akan berjaya," katanya kepada BBC pada Jumaat.

Minggu lalu, Rooney muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United apabila menjaringkan gol ke-250 ketika perlawanan dengan Stoke City, sekali gus memadamkan rekod lama milik Bobby Charlton (249 gol).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 3:11 AM