IHSAN Polis Diraja Malaysia
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Polis menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 13 kanak-kanak dalam operasi bersepadu di enam lokasi di daerah ini, hari ini.

Operasi bermla 1 hingga 11 pagi itu membabitkan 59 anggota dan tiga pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata operasi dijalankan di enam lokasi di sekitar Kota Kinabalu, Inanam, Luyang dan Manggatal.

"59 individu diperiksa dan 28 individu termasuk 13 kanak-kanak ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri manakala dua lagi ditahan kerana disyaki terbabit dadah.

"Semua ditahan berusia empat bulan hingga 65 tahun di bawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu selepas direkodkan maklumat di IPD Kota Kinabalu," katanya di sini, hari ini.

Chandra berkata, tumpuan lokasi operasi kali ini dijalankan bertujuan pencegahan jenayah sempena Tahun Baru Cina di kawasan berpotensi sarang penjenayah dan pengedaran dadah.

“Operasi ini juga membabitkan penandaan dan perobohan rumah setinggan oleh anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK).

"Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) juga mengambil tindakan memutuskan sambungan haram bekalan elektrik di penampatan setinggan," katanya.

PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar raya Kota Kinabalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2017 @ 10:50 PM