Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat. PIX Amrullah Abdul Karim
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat. PIX Amrullah Abdul Karim
Amrullah Abdul Karim


Bukit Beruntung: Mayat M Siva Raj, 21, yang dilaporkan hilang selepas terbabit kemalangan di Jalan Bukit Beruntung-Sungai Choh di sini, sejak empat hari lalu ditemui di Sungai Serendah, 4 petang tadi.

Mayat mangsa dijumpai orang awam masih berpakaian lengkap dan terapung kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, mayat pemuda itu ditemui berdekatan kawasan Rawang Memorial Park.

"Kereta Proton Waja dipandunya sebelum ini terjatuh ke dalam sungai akibat terbabas namun pasukan menyelamat tidak menemui mangsa.

"Kira-kira jam 4 petang tadi, kita mendapat maklumat mengenai penemuan mayat itu dan pengecaman dibuat bapa mangsa di tempat kejadian," katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2017 @ 7:01 PM