Anggota bomba mengeluarkan mayat. FOTO  ihsan bomba
Anggota bomba mengeluarkan mayat. FOTO ihsan bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Tatau: Lelaki maut selepas Perodua Alza dipandunya terbabas ke dalam gaung akibat dirempuh treler di Kilometer 51 Jalan Bintulu-Sibu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.35 petang itu, Wong Leh Kiew, 51, disahkan meninggal dunia selepas parah di kepala dan badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, treler berkenaan membawa muatan minyak sawit merempuh kereta yang dinaiki mangsa.

Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan Perodua Alza mangsa terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung.

"Mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat manakala pemandu treler sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 6:51 PM