WAN Ahmad Uzir (dua kiri) pada pada sidang media. FOTO Norizuan Shamsuddin
WAN Ahmad Uzir (dua kiri) pada pada sidang media. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin


Petaling Jaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 913 saman terhadap penunggang motosikal sempena Ops Motosikal Sempena Tahun Baru Cina 2017 diadakan pada tiga hari, antara 25 Januari hingga 10 malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, 1,900 motosikal diperiksa sepanjang operasi bersepadu terbabit.

Katanya, daipada jumlah itu, 553 penunggang motosikal disaman.

"Operasi pertama pada 25 Januari, kita mengeluarkan 266 saman membabitkan 136 penunggang motosikal. Manakala operasi kedua diadakan pada 27 Januari, 391 saman dikeluarkan terhadap 283 penunggang motosikal dan pada malam ini sehingga 10 malam tadi, 256 saman dikeluarkan membabitkan 134 penunggang motosikal menjadi jumlah keseluruhan 913 saman sepanjang operasi ini diadakan.

"Daripada jumlah terbabit 16 motosikal disita dan 27 lagi diberikan notis untuk diperiksa," katanya pada sidang media Ops Motosikal Sempena Tahun Baru Cina 2017, di Plaza Tol Taman Dato' Harun, di sini, malam tadi.

Menurutnya, antara kesalahan terbanyak membabitkan penunggang motosikal tamat tempoh cukai jalan dan tiada lesen memandu.

"Sebanyak 440 saman dikeluarkan membabitkan kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan 432 saman bagi kesalahan tiada lesen memandu. Manakala selebihnya membabitkan kesalahan teknikal seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi dan sebagainya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 1:17 AM