ELEENA bersama dengan lelaki pilihannya, Ahmad Faisya.
ELEENA bersama dengan lelaki pilihannya, Ahmad Faisya.
Sudirman Mohd Tahir


Kurang 24 jam daripada sekarang pelakon drama Sayang Papa Saya Tak? Eleena Sui bakal menamatkan zaman solo dengan lelaki pilihannya, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman, 31.

Menurut Eleena Sui atau nama sebenarnya Nor Eleena Hamzah, 25, ketika ini dia belum berasakan debaran itu kerana masih sibuk dengan tugasan sebagai pengacara program HLive!.

“Sejujurnya saya belum berdebar lagi. Mungkin kerana sibuk dengan jadual kerja membuatkan saya lupa seketika. Malah saya tak berasa gementar lagi biarpun majlis berlangsung 4 Februari (esok). Mungkin pada hari majlis baru perasaan itu datang.

“Bagaimanapun, segala persiapan berjalan lancar. Meskipun sibuk dengan jadual kerja, saya masih mengambil tahu perjalanan majlis. Boleh dikatakan 50 peratus datang daripada saya dan selebihnya diserahkan kepada keluarga,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 8:36 AM