KIM Swee (dua kiri) berdepan tugas getir mempersiapkan pasukan. FOTO Osman Adnan.
Aziman Rosdi

Shah Alam: Skuad Harimau Malaysia sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bolasepak Korea Utara (PRKFA) untuk bertandang ke Pyongyang bagi aksi pembukaan Kumpulan B pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2017 pada 28 Mac depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sudah berhubung dengan republik berkenaan bagi memastikan keselamatan pasukan di sana.

“Untuk pasukan Malaysia bertanding pada 28 Mac, pihak FAM sudah berurusan dengan Persatuan Bolasepak Korea Utara dan setakat ini tidak ada masalah dan kita sudah dimaklumkan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) jadi akan melalui prosedur seperti biasa.

“Kita juga ada mendapatkan maklumat dan nasihat daripada pihak keselamatan mengenai perkembangan di negara itu. Tapi kita tak perlu bimbang kerana beberapa perlawanan berlangsung di sana jadi tak ada masalah walaupun ada beberapa kekangan,” katanya dalam sidang media selepas majlis undian Kejohanan Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2017 semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Februari 2017 @ 8:49 AM