X
FOTO Norizuan Shamsuddin
FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin

[email protected].

Kuala Lumpur: Lelaki ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lima bangunan Berjaya Times Square, di sini, 8 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan terdapat kejadian bunuh diri di lokasi terbabit, 9 malam tadi.

Katanya, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki berusia 25 tahun.

"Mangsa dipercayai bunuh diri dengan terjun dari tingkat lima bangunan terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 12:09 AM
Kabinet Malaysia 2020