X

Washington: Hillary Clinton (gambar) dijangka mampu menumpaskan Jeb Bush dengan mudah sekiranya mereka bertanding untuk merebut jawatan presiden pada pilihan raya 2016.

Kajian pendapat CNN-ORC menunjukkan Bush, bekas Gabenor Florida dan anak serta adik dua bekas Presiden Amerika Syarikat, menjadi pilihan utama untuk mewakili Parti Republikan dalam pilihan raya berkenaan, dua minggu selepas mengumumkan dia secara aktif mengkaji kemungkinan untuk menjadi calon.

Dia mendahului Gabenor New Jersey Chris Christie, bekas Gabenor Arkansas Mike Huckabee dan Senator Rand Paul.

Hillary, bekas setiausaha negara dan wanita pertama pula menjadi pilihan utama parti Demokrat, menduduki tempat teratas berbanding semua pesaingnya dari Republikan.

Dia memperoleh 54 peratus undi berbanding Bush, 41.

Jika pilihan raya itu menyaksikan persaingan antara Hillary dan Christie, kemenangan isteri bekas Presiden Bill Clinton itu lebih besar, 56 peratus berbanding 39. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 5:06 AM