JENAZAH Muhammad Aril Shahputra Abdullah,7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Huda, Lepai, di sini, pagi tadi. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
JENAZAH Muhammad Aril Shahputra Abdullah,7, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Huda, Lepai, di sini, pagi tadi. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
NOR Haliza Shafie, 33, dia dan suami Syamsul Ariffin, 32, berdoa di kubur anak mereka, Mauhammad Aril Shahputra yang mati akibat terjatuh sungai. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
NOR Haliza Shafie, 33, dia dan suami Syamsul Ariffin, 32, berdoa di kubur anak mereka, Mauhammad Aril Shahputra yang mati akibat terjatuh sungai. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad
Meor Riduwan Meor Ahmad


Alor Setar: Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar, Lepar, di sini, meninggal dunia selepas terjatuh ketika memancing bersama keluarganya di Kuala Sungai Dedap, Yan, dekat sini, semalam.

Mangsa, Mauhammad Aril Shahputra Abdullah,7, yang ditemui orang ramai jam disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor setar.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, berdasarkan laporan ibu mangsa, Nor Haliza Shafie, 33, dia dan suami Syamsul Ariffin, 32, (bapa tiri) bersama tiga anak termasuk mangsa dari Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, pergi ke Kuala Sungai Dedap, Yan untuk memancing.

"Mereka memancing dalam jarak berasingan antara satu sama lain. Kira-kira jam 5 petang, ibu mangsa tersedar anaknya tiada di tempat memancing dan cuba mencari di kawasan sekitar, namun tidak jumpa.

Dengan bantuan orang ramai di kawasan itu, mereka mencari di dalam sungai dan menjumpai mangsa dalam jarak enam hingga 10 meter dari tempat dia memancing seorang diri," katanya.

Beliau berkata, sewaktu dijumpai, mangsa masih bernyawa dan terus dibawa menaiki kenderaan Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS) ke Hospital Yan untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah.

"Sewaktu sampai jam 7.50 malam di Bahagian Kecemasan (Zon Merah) mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor.

"Bedah siasat tidak dibuat atas permintaan ibu mangsa yang mengakui kejadian akibat kecuaiannya membiarkan mangsa memancing bersendirian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Sementara itu, Nor Haliza ketika ditemui di rumahnya berkata, dia tidak menyangka perubahan diri anaknya yang menjadi pendiam sebelum kejadian, petanda Mauhammad Aril Shahputra akan meninggalkan mereka buat selamanya.

"Tiada perubahan ketara, cuma arwah jadi pendiam berbanding sifat sebenarnya yang periang sebelum kejadian. Saya reda dengan ketentuan Allah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 4:22 PM