Saperi menunjukkan menunjukkan kerosakan pada bumbung rumah akibat dihempap dahan pokok. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Lima beranak cemas apabila rumah mereka dihempap dahan pokok mangga yang tumbang akibat ribut di Lot 113, Kampung Baru, Masai, di sini, 4 petang semalam.

Mangsa, Saperi Elaz, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di hadapan rumah manakala isteri, Nor Amalina Awang, 32, di dapur.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga anaknya berusia dua hingga sembilan tahun sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Ketika itu, saya terdengar bunyi kuat dan melihat dahan mangga bersebelahan rumah patah dan tumbang atas bumbung.

"Saya bergegas memasuki rumah menyelamatkan anak dan isteri.

"Bumbung dan tembok rumah kami rosak teruk hingga terpaksa menumpang di rumah mentua di kampung berhampiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Februari 2017 @ 1:29 PM