Abdul Azeez bersama kru kapal Nautical Aliya ketika meninjau barangan yang dibawa pada program Misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Abdul Azeez bersama kru kapal Nautical Aliya ketika meninjau barangan yang dibawa pada program Misi Food Flotilla For Myanmar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Yusmizal Dolah Aling


Laut Andaman: Lewat sehari. Itu perkembangan terbaru jadual ketibaan Nautical Aliya di Pelabuhan Yangon yang dijangka pada 9 Februari ini atas faktor cuaca.

Ketua Misi Food Flotilla For Myanmar Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pada peringkat awal, kapal itu dijangka tiba pada 10.30 malam, 8 Februari.

Katanya, ketika ini ia berdepan cuaca tidak menentu, angin kuat dan melawan arus dengan kelajuan antara enam hingga tujuh knot.

"Jadi kita dijadual sampai pada pagi Khamis jam 10.30 pagi di Pelabuhan Yangon. Kementerian Luar Negeri Myanmar akan menguruskan semua barangan yang dibawa turun," katanya.

Setakat 1.40 petang, Nautical Aliya berada 60 batu nautika berhampiran Phuket.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Februari 2017 @ 3:38 PM