Mohd Husni Mod Noor dan Kalidevi Mogan Kumarappa


Putrajaya: Perogol bersiri, Selva Kumar Subbiah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7. 30 pagi tadi dengan menaiki pesawat Qatar Air QR0488 dari Doha selepas melakukan pertukaran penerbangan dari Kanada.

Selva, 56, direkodkan keterangan oleh sepasukan pegawai Bahagian Jenayah Seksual (D11) Bukit Aman sejurus tiba di KLIA.

Dia pulang ke Malaysia selepas menghabiskan 24 tahun di sebuah penjara di Toronto, Kanada atas sabitan pelbagai jenayah seks dan peras ugut membabitkan puluhan wanita.

Bagaimanapun, Selva mengelak ditemui media dan menggunakan laluan Balai Ketibaan Domestik sedangkan lebih 20 petugas media menunggu di Balai Ketibaan Antarabangsa.

Polis Bantuan KLIA ketika ditemui Harian Metro memaklumkan Selva keluar melalui laluan berkenaan pada jam 9.50 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan ketibaan Selva pagi tadi namun enggan mengulas lanjut mengenai lokasinya ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 11:08 AM