ANGGOTA maritim DM10 Tok Bali menyoal siasat tekong Vietnam selepas mereka dicekup dalam Ops Perkasa Timur kira-kira 38.2 batu nautika dari Kuala Tok Bali, petang kelmarin.
Azlan Hafeedz


Pasir Puteh: Kegiatan menangkap gamat seberat 150 kilogram oleh nelayan warga asing berjaya ditumpaskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu serbuan kira-kira 38.2 batu nautika dari Kuala Tok Bali, tengah hari kelmarin.

Dalam serbuan jam 1.40 tengah hari itu, sebuah bot peronda Kilat 17 yang menjalankan tugasan terserempak dengan bot nelayan asing dalam keadaan mencurigakan di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Wilayah Timur.

Sebaik dihampiri, bot nelayan bernombor pendaftaran PAF 4918 dinaiki empat nelayan Vietnam terdiri daripada seorang tekong dan tiga awak-awak berusia lingkungan 25 hingga 44 tahun cuba mengelak.

Pengarah Maritim Daerah Maritim DM10 Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, sebelum itu, bot peronda diketuai Bintara Muda Maritim Norman Harun bersama empat anggota itu melakukan Operasi Perkasa Timur di perairan Kelantan.

“Mereka melarikan diri tetapi berjaya dipintas dan hasil semakan, kami menemui gamat seberat 15 kilogram di dalam beberapa bekas yang sudah diubah suai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 7:18 AM