Bomba akhirnya berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak yang terperangkap dalam lubang tandas hampir 20 minit.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Sua Betong, di sini, petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, kaki kanan kanak-kanak berusia enam tahun itu tersangkut selepas terjatuh ke dalam mangkuk tandas.

Katanya, dalam kejadian 5.40 petang, mangsa dikatakan sedang membuang air besar sebelum terjatuh.

"Pihak bomba menerima panggilan jam 5.41 petang mengerahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Port Dickson ke lokasi.

"Sebaik tiba jam 5.56 petang, anggota terus memecahkan lubang tandas itu untuk menyelamatkan mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 8:02 PM