Keadaan kediaman yang mengalami kerosakan akibat letupan alat pemanas di bilik air. FOTO ihsan bomba
Norizuan Shamsuddin


Kuala lumpur: Sebuah unit kondominium di Bukit Kiara Estate, di sini, retak 70 peratus akibat letupan alat pemanas di bilik air, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian, jam 9.01 pagi.

Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Hang Tuah bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi didapati berlaku kejadian letupan alat pemanas air di bilik air kediaman terbabit.

"Kesan letupan terbabit menyebabkan dinding kediaman berkeluasan 111 meter persegi retak 70 peratus.

"Anggota berjaya membawa keluar lelaki warga asing yang menghuni kediaman dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 6:37 PM